Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya. Sumber : Kosmo Online
Sila baca perbincangan dan komen di AskMens
Sila baca perbincangan dan komen di AskMens
No comments:
Post a Comment