Custom Search

Wednesday, January 27, 2010

Kisah Nabi Sulaiman Dengan Semut



Nabi Sulaiman telah diberi keistimewaan oleh Allah dimana baginda boleh memahami, bercakap dan mendengar haiwan bercakap. Kisah bermula apabila dalam perjalanan baginda disuatu padang pasir yang panas dan gersang. 

Tiba-tiba Nabi Sulaiman ternampak seekor semut diatas batu yang kering. Beliau pun bertanya kepada Si Semut tersebut,

Nabi Sulaiman : `Wahai Sang Semut mengapa kamu boleh hidup dikawasan yang tandus & kering seperti ini'


Sang Semut : ` Wahai Nabi Allah Sesunguhnya  aku amat percaya dan yakin kepada rezeki yang Allah kurniakan. Apa yang penting aku mesti berusaha  untuk mencari rezeki.

Nabi Sulaiman :` Kalau begitu  berapa banyakkah kamu makan" 


Sang Semut : ` Saya makan sebiji gandum sebulan'

 Nabi Sulaiman : ` Kalau begitu saya akan mengambil kamu dan simpan ditempat selamat 
                                 dan beri kamu makan sebiji gandum'.

Nabi Sulaiman pun mengambil semut tersebut dan diletakkan ditempat yang selesa dan diberikan sebiji gandum. Sebulan kemudian Nabi Sulaiman pun mendapati sebiji gandum yang diberikan tinggal separuh.  


Nabi Sulaiman pun berkata ` Kamu tipu saya wahai semut kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan tetapi mengapa sebiji gandum tinggal separuh?.


Sang semut berkata ` Wahai Nabi Sulaiman, saya tidak percaya kepada kamu, sebab itu  saya hanya makan separuh sahaja supaya tahan lagi sebulan, Saya takut kalau-kalau kamu lupa hendak memberi saya makan. Tetapi Allah tidak pernah lalai untuk memberi kami rezeki.


 Kesimpulannya : Kita mestilah yakin rezeki yang kita dapat sekarang datang dari Allah bukannya dari syarikat/majikan dimana kita berkerja. Yang penting sekali ialah kita mestilah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki.



Inside Islam (History Channel) No god but God: The Origins, Evolution, and Future of IslamIslam: The Straight Path Updated with New Epilogue, 3rd edition




Minat Dengan Adsense ? &Isu-Isu Wanita

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DonkeyMails.com: No Minimum Payout