Tiba-tiba Nabi Sulaiman ternampak seekor semut diatas batu yang kering. Beliau pun bertanya kepada Si Semut tersebut,
Nabi Sulaiman : `Wahai Sang Semut mengapa kamu boleh hidup dikawasan yang tandus & kering seperti ini'
Sang Semut : ` Wahai Nabi Allah Sesunguhnya aku amat percaya dan yakin kepada rezeki yang Allah kurniakan. Apa yang penting aku mesti berusaha untuk mencari rezeki.
Nabi Sulaiman :` Kalau begitu berapa banyakkah kamu makan"
Sang Semut : ` Saya makan sebiji gandum sebulan'
Nabi Sulaiman : ` Kalau begitu saya akan mengambil kamu dan simpan ditempat selamat
dan beri kamu makan sebiji gandum'.
Nabi Sulaiman pun mengambil semut tersebut dan diletakkan ditempat yang selesa dan diberikan sebiji gandum. Sebulan kemudian Nabi Sulaiman pun mendapati sebiji gandum yang diberikan tinggal separuh.
Nabi Sulaiman pun berkata ` Kamu tipu saya wahai semut kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan tetapi mengapa sebiji gandum tinggal separuh?.
Sang semut berkata ` Wahai Nabi Sulaiman, saya tidak percaya kepada kamu, sebab itu saya hanya makan separuh sahaja supaya tahan lagi sebulan, Saya takut kalau-kalau kamu lupa hendak memberi saya makan. Tetapi Allah tidak pernah lalai untuk memberi kami rezeki.
Minat Dengan Adsense ? &Isu-Isu Wanita