Custom Search

Thursday, January 21, 2010

Malaysia Tangga Keempat Pengidap Penyakit Kencing Manis Didunia.



Langkah kerajaan menaikkan harga gula dari RM1.45 ke RM 1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram diSabah dan Sarawak berkuatkuasa minggu lepas patut dilihat dari sudut positif. Ini kerana berdasarkan kajian CAP pengambilan gula rakyat Malaysia telah bertambah dari 17 sudu teh sehari pada tahun 1970an, 21 sudu teh pada 1980, 24 sudu teh pada 1990 dan akhirnya 26 sudu teh pada tahun 2009.

Kita pun sedia maklum pengambilan gula secara berlebihan dan tidak terkawal boleh mengundang penyakit kencing manis (diabetes - Sila rujuk kepada http://diabetis123.blogspot.com untuk maklumat lanjut).


Menurut kajian yang dijalankan oleh WHO, setiap individu disarankan untuk mengambil sebanyak 50 gram atau 10 sudu teh gula sehari dan jumlah ini turut dibekalkan kepada individu melalui pengambilan makanan yang mempunyai gula secara semulajadi seperti nasi, mee, buah-buahan dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, pengambilan gula melebihi keperluan tubuh akan memberi pelbagai kesan buruk kepada individu. Diantara penyakit-penyakit dikaitkan dengan gula ialah kanser, diabetis, kegemukan (obesiti), masalah jantung, osteoporosis, masalah buah pinggang, asma, alahan dan penurunan metabolisma dalam badan.  

Menurut Institut Diabetes Antarabangsa, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang ke empat tertinggi di Asia. Daripada sejumlah 800,000 pesakit diabetes yang disenaraikan pada tahun 2007, jumlahnya dijangka unjurkan kepada 1.3 juta pada tahun 2010. 

Berikut beberapa tip-tip untuk mengurangkan pengambilan gula seharian, 


·      Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat, jus yang mempunyai banyak gula, ais krim, kek dan gula-gula. 
 
·      Kurangkan pengambilan makanan yang diproses. Ini adalah kerana makanan yang telah diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi.




·       Amalkan memasak makanan sendiri. Anda sukar untuk mengetahui berapa kandungan gula yang diambil jika makan di luar.


·       Kurangkan jumlah gula, susu atau krimer pekat manis yang ditambah di dalam teh dan kopi dan selalu minta untuk mengurangkan manis di dalam minuman apabila minum di luar. 
 
·       Baca jumlah kandungan gula pada label makanan. Ini dapat mengelakkan anda dari mengambil gula secara berlebihan. 
 
·       Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan lebih banyak senaman untuk membakar kalori (gula) di dalam badan anda. 



·     Gantikan minuman manis seperti air berkarbonat dengan jus buah-buahan yang tidak mempunyai sebarang gula tambahan. 



·       Gantikan makanan ringan seperti biskut dengan memakan buah-buahan yang segar. 



·       Gantikan gula di dalam makanan dengan kemanisan dari sumber semula jadi seperti  buah-buahan atau madu.



·      Kurangkan makanan dan minuman manis secara perlahan-lahan contohnya jika anda minum minuman manis dua kali sehari, cuba kurangkan kepada satu kali sehari seterusnya kepada seminggu sekali sahaja. Banyakkan meminum air kosong kerana ia bagus untuk kesihatan.  


Sekiranya anda mendapati peniaga yang menaikkan harga gula atau ada aktiviti menyorok gula sila Talian aduan pengguna (bebas tol) 1-800-886-800
Bilik Gerakan berkenaan Isu Bekalan Gula : 03-88826085 (8.00 pagi - 8.00 malam) SMS Aduan 32255




 Dila : Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan gula dalam senyuman






Diabetes For Dummies (For Dummies (Health & Fitness)) Blood Sugar 101: What They Don't Tell You About Diabetes Tell Me What to Eat If I Have Diabetes: Nutrition You Can Live With

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia





Sila Melihat Topik Yang lain Disini , Petua Orang Dulu-Dulu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DonkeyMails.com: No Minimum Payout