Custom Search
Wednesday, January 20, 2010
Selamat Bercuti Sekolah 2009
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan, bermula esok sekolah mula bercuti selama 42 hari. Memang inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar !!!.
Kepada keluarga yang berkemampuan inilah masa mereka pergi bercuti dalam atau luar negeri, tetapi keluarga yang kurang mampu duduk rumah sahaja tak pun balik kampung.
Dila masih teringat masa cuti sekolahlah, Dila kerja `part time' sebagai `cashier' di pasaraya nak cari duit untuk belanja persekolahan tahun hadapan disamping sedikit sebanyak membantu ibu bapa. Ibu bapa semua anda hendaklah membimbing anak-anak mereka dalam mentadbir masa mereka dalam masa cuti sekolah yang panjang ini.
Bagaimana anak-anak kita menggunakan cuti yang panjang ini akan memberi sedikit sebanyak kepada kejayaan mereka seterusnya dimedan persekolahan disamping itu membantu mereka menghadapi alam remaja dan dewasa kelak.
Ibubapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak menghabiskan masa cuti sekolah dengan menonton TV , `berchatting' , bermain `game' atau membiarkan mereka berpoya-poya dengan kawan-kawan mereka kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan buruk kepada anak-anak.
Ibu bapa TIDAK boleh menganggap cuti sekolah bermakna cuti belajar, pendidikan mesti diteruskan. Masa cuti perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik-baiknya. Berikut Dila senaraikan beberapa aktiviti yang boleh dipertimbangkan oleh ibubapa,
1. Menghantar anak ke bengkel atau perkemahan yang menawarkan pendidikan agama Islam
dan motivasi seperti Kem Jati Diri, Kem Solat.
2. Meluangkan masa bersama-sama anak seperti berkelah, memberi -belah dan sebagainya
tidak semestinya di luar negeri dalam negeri pun boleh. Ini akan menambahkan lagi
keakraban dalam sebuah keluarga.
3. Membawa anak-anak anda ke pameran atau `exhibition' seperti pameran buku dan
sebagainya.
4. Membawa anak-anak ke perpustakaan atau mengikuti aktiviti setempat seperti gotong
royong.
( Sekiranya anda ada cadangan sila kemukakan diruangan komen terima kasih)
Dila : Selamat bercuti, kepada adik-adik yang sedang mengambil SPM dan STPM selamat
berjuang !!!
Sila Melihat Topik Yang lain Disini , Petua Orang Dulu-Dulu
Hangat Dengan Topik Semasa , Peluang Perniagaan Online HALAL
Baca Cerita Kelakar , Video Lawak , Cara Buat Duit Diinternet,
Minat Dengan Adsense ? & Isu-Isu Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment