Custom Search

Thursday, January 21, 2010

10 Nyawa Melayang Kerana Kemalangan Bas Ekspress




 Sedih Dila mendengar 10 orang mati dan 2 orang cedera kerana kemalangan bas ekspress yang pada awal pagi ini 26/12/2009.  


Bas ekspress Sani dua tingkat dari  Kelang menuju ke Utara telah melanggar batu kemudian terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara kira-kira 8 km selepas Plaza Tol Ipoh Selatan. 


10 orang penumpang yang mati ialah penumpang yang duduk ditingkat bawah telah menemui ajal kerana tersepit akibat terkena besi pembahagi jalan.



Menurut berita jam 6.00 petang ini (26/12/2009) pemandu bas tersebut telah mengaku terlelap. Beliau yang bercadang hendak menukar pemandu dengan pembantunya pada RR terdekat. 


Dila ingin menyeru kepada abang-abang supaya mendapat rehat yang secukupnya  sebelum memulakan pemanduan terutama diwaktu malam. Penumbang pula hendak sentiasa menegur pemandu jika mereka memandu terlalu laju atau dalam keadan mengantuk.
  
Dalam kejadian ini, adalah kurang bijak kita menyalahkan bas dua tingkat kerana bas ini telah banyak digunakan dinegara-negara lain. Kejadian kemalangan lebih banyak disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.


Dila :  Nasib baiklah bas tersebut tidak terbalik. Kalau terbalik sudah tentu ramai lagi yang akan mati. Masih wajarkah lagi CADANGAN TIADA BAS EKSPRESS BEROPERASI DIWAKTU MALAM ??


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DonkeyMails.com: No Minimum Payout