Custom Search

Thursday, January 21, 2010

Riuh - Rendah Kerana Kalimah Allah.


Assalamualaikum, sejak  Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Puan Lau Bee Lan membenarkan terbitan Herald - The Catholic Weekly yang diketahui oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam untuk  menggunakan kalimah Allah dalam terbitan mereka telah `memanaskan' orang kita Malaysia ini.



Pada pandangan Dila ini merupakan salah satu dari strategi dalam proses mengkristinasikan umat islam di Malaysia terutama dikalangan generasi muda. Strategi yang sama telah digunakan di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China) dimana John Hultvall seorang mubaligh dari Mission Covenant Church of Sweden dalam bukunya Mission and change in Eastern Turkestan  telah menggunakan kalimah Allah dalam menyebarkan agama kristian.


Sementara itu, seorang lagi mubaligh Kristian, Kevin Greeson, dalam buku bertajuk  The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! menyatakan mubaligh kristian akan menggunakan apa sahaja istilah bagi God yang digunakan dalam sesuatu masyarakat.


Cuba anda fikirkan bersama adakah sama,


Allah dengan God ??
AlQuran dengan Bible ??
Maha Esa &  qiyamuhu binafsih dengan Konsep Triniti ?? 


Dila berpendapat penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan kebenaran menggunakan kalimah Allah oleh Herald - The Catholic Weekly adalah suatu 
PENCEROBOHAN dan ini wajib ditentang habis-habisan. Lupakan sahaja fahaman politik selagi anda mengaku `Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhamad S.A.W pesuruh Allah' kita mesti bersatu-padu dan bersefahaman untuk menentang pihak-pihak yang mempersendakan dan menodai kesucian ISLAM.


Dila  tidak faham dan sungguh hairan mengapa  ada segelintir diantara orang yang mengaku Islam & melayu menyokong usaha pergerakan kristinasi di Malaysia? sebagai bukti lihat youtube dibawah ini. Adakah kerana mereka takut hilang undi dari pengundi bukan islam/melayu ?? Jika benar dakwaan ini, merekalah golongan yang cintai dunia dan takut mati.





 

Sila tandatangan petisyen ini, untuk menyatakan sokongan anda !!







Dila : Ya Allah Tuhanku satukanlah hati-hati umat islam didunia ini !! Hancurkan 
          perancangan Yahudi dan Nasrani Amin...Agaknya lepas ini Hindraf pula nak mohon 
          guna kalimah Allah..

          

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DonkeyMails.com: No Minimum Payout